PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah, di tengah-tengah ketidaktentuan mengelilingi laluan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). Memetik laporan Bernama, pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.02 mata kepada 1,489.19 berbanding 1,491.21 penutup Rabu. Indeks barometer dibuka 2.72 mata lebih rendah kepada 1,488.49. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak…










