TEORI ekonomi mudah menyatakan bahawa jika bekalan berlebihan, harga akan jatuh. Namun begitu, prinsip ini dilihat tidak berfungsi pula dengan harga hartanah kediaman di negara ini yang semakin meningkat saban tahun walaupun terdapat bukti ada lebihan bekalan. Harga rumah yang tinggi membelenggu golongan muda yang berpendapatan rendah serta M40 yang berada di kelompok bawah kelas itu, menyebabkan mereka untuk terus menyewa. Sementara itu, mereka yang mampu pula akan melabur dengan…