PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) semalam memeterai dokumen Perjanjian Usaha Sama Strategik bersama Persatuan Usahawan-Usahawan Sosial Sabah (SOSEA). Menurut kenyataannya, kerjasama tersebut adalah untuk membangunkan usahawan sosial termasuk memperluaskan akses pembiayaan kepada ahli-ahli di bawah SOSEA. Pemeteraian perjanjian tersebut telah disempurnakan Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik dan Presiden SOSEA, Zazila Roslan. Mohd Nazri berkata, Bank Islam memberi fokus kepada pembangunan perusahaan sosial…










