SEZ Johor-Singapura berpotensi pacu pertumbuhan negara

SEZ Johor-Singapura berpotensi pacu pertumbuhan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura boleh menjadi satu daripada potensi pertumbuhan kepada negara pada tahun depan dari segi peluang perdagangan dan pelaburan, mewujudkan pekerjaan dan pembangunan infrastruktur.

Pengerusi Institut REHDA, Datuk Jeffrey Ng Tiong Lip berkata, Zon Ekonomi Khas mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan, seterusnya menarik pelaburan domestik dan asing.

Katanya, Singapura dan Malaysia adalah rakan dagangan kedua terbesar antara satu sama lain pada 2022 dengan perdagangan dua hala mencecah AS$83.53 bilion (RM389 bilion).

“Tambahan pula, Singapura muncul sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) bagi Malaysia, menyumbang 8.3 peratus kepada jumlah pelaburan Malaysia bagi tempoh itu.

“Bidang tumpuan utama termasuk pertukaran teknologi rendah karbon dan tenaga boleh diperbaharui, penangkapan dan penyimpanan karbon, dan kredit karbon,” katanya pada ucaptama CEO Series 2023 (Forum Ekonomi dan Perniagaan) di sini, hari ini.

Sementara itu, Jeffrey berkata, penubuhan SEZ juga dapat merangsang penciptaan pekerjaan yang boleh menyumbang kepada peluang pekerjaan yang lebih baik di Johor supaya sebahagian rakyat Malaysia boleh bekerja di negara kita sendiri.

Menurutnya,  kira-kira 900,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura ketika ini di mana kira-kira satu pertiga (300,000) mengembara merentasi Tembok Johor-Singapura setiap hari.

“Ramai daripada mereka bekerja di Singapura terpikat oleh kadar pertukaran yang menggalakkan.

“Sebahagian daripada pekerjaan ini mungkin dalam sektor perindustrian dan pembuatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D), perkhidmatan pekerjaan dan sebagainya,” ujarnya.

Tambahnya, penubuhan SEZ boleh merangsang pembangunan infrastruktur di rantau ini, termasuk pengangkutan, utiliti dan rangkaian komunikasi, mewujudkan kesan limpahan positif ke atas pembangunan ekonomi keseluruhan kawasan itu, termasuk pembangunan Forest City oleh Country Garden.

“Hari ini, kita berada dalam persimpangan kritikal dalam landskap ekonomi Malaysia, di tengah-tengah latar belakang pasaran dunia luar yang terjejas oleh ketidaktentuan geopolitik.

“Ekonomi global dijangka perlahan sedikit pada 2024 kerana kebimbangan kekal terhadap tahap hutang yang tinggi dan ketidaktentuan terhadap kadar faedah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×