PETALING JAYA: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi dagangan pagi ini, disokong oleh perkembangan luaran yang positif. Pada pukul 9.10 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6575/6625 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), daripada penutup Jumaat lalu pada 4.6710/6760, memetik laporan Bernama. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit akan kekal terkawal menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS minggu depan. Beliau berkata, tumpuan utama…










