PETALING JAYA: Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baharu akan diumumkan dalam masa terdekat. Menurut dana pencen itu, ia berikutan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II, berkuat kuasa hari ini, susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. KWSP berkata, sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Amir Hamzah telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kejayaan KWSP, serta memberikan…










