PETALING JAYA: Nestlé Malaysia terus menyumbang kepada usaha bantuan banjir Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSMM) dengan menderma 4,000 kotak bantuan makanan asas bagi meringankan beban masyarakat di Pantai Timur yang terjejas akibat banjir pada musim tengkujuh. Kerjasama terbaharu ini menjadikan nilai keseluruhan yang disumbangkan kepada PBSMM berjumlah RM3.5 juta pada 2023, yang meliputi sumbangan kewangan dan barangan. Dana tersebut telah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membeli peralatan penting, meningkatkan tahap…










