MDEC lancar Pelan Antirasuah 

MDEC lancar Pelan Antirasuah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bertujuan meningkatkan komitmen mereka terhadap ketelusan dan etika tadbir urus dalam ekonomi digital.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Azmin Yusoff berkata, penerbitan OACP MDEC, dari 2023 hingga 2027 menunjukkan dedikasi untuk mengukuhkan pentadbiran, memupuk antirasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam organisasi.

“Sejajar dengan misi MDEC, penerbitan OACP bertujuan memacu ekonomi digital ke arah yang kukuh asas integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik,” katanya dalam kenyataan.

Pelan itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching. Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha KKD, Ma. Sivanesan dan Pengerusi MDEC, Syed Ibrahim Syed Noh.

Turut diadakan majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) MDEC oleh pekerja melalui pendekatan hibrid.

“IBR merupakan usaha berterusan MDEC untuk menegakkan integriti dan akauntabiliti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN