PETALING JAYA: Persaingan serantau mungkin menyebabkan margin keuntungan jangka panjang pembuat sarung tangan Malaysia lebih rendah, menurut firma penyelidikan CGS-CIMB Securities. Dalam nota kajiannya, firma itu yang mengekalkan penarafan `kurang wajaran’ berkata, walaupun ia menjangkakan industri bertukar menguntungkan menjelang tahun kewangan kumulatif 2025, namun unjuran keuntungan bersih kelihatan tidak memberangsangkan berbanding penilaian semasa. CGS-CIMB memberi penarafan ‘tahan’ ke atas kaunter Supermax Corp Bhd dan Kossan Rubber Industries Bhd sambil mengekalkan…










