PETALING JAYA: Centurion Corporation Limited (Centurion), syarikat tersenarai di Singapura, menjual dua aset penginapan di Malaysia kepada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dengan jumlah RM227 juta di bawah perjanjian pajakan balik. Dua aset itu ialah Westlite Dormitory (Bukit Minyak) Sdn. Bhd. di Pulau Pinang dan Westlite Dormitory (Tampoi) Sdn. Bhd. di Johor. Syarikat itu dalam kenyataan berkata, di bawah terma perjanjian jual beli, kedua-dua hartanah akan diambil alih oleh KWAP…










