Zukri dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah PIDM

Zukri dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah PIDM

ZUKRI SAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Mengumumkan pelantikan Datuk Seri (Dr.) Zukri Samat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah berkuat kuasa 1 November 2023.

Beliau menggantikan Tan Sri Dr Rahamat Bivi Yusoff yang telah bersara daripada barisan Lembaga Pengarah PIDM.

Menurut PIDM, Zukri berpengalaman luas dalam sektor kewangan dan perbankan Islam khususnya dalam penyusunan semula, serta pemulihan aset dan institusi.

Beliau pernah memegang beberapa jawatan utama dalam pelbagai organisasi termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings Berhad dan Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

“Zukri merupakan salah seorang anggota utama Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) ketika kemuncak Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997/1998 di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengemudi aktiviti penstrukturan semula dan pemulihan pinjaman.

“Selepas itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Danaharta dari Julai 2003 hingga Disember 2005,” katanya dalam kenyataan.

Jawatan-jawatan utama lain yang pernah disandang oleh Zukri termasuk Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Pengarah Malaysia Debt Ventures Berhad, Pengerusi Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM), Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Pengarah Institut Kewangan Asia (AIF) dan Pengarah Aafaq Islamic Finance Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, dengan pengalaman luas beliau, Zukri dapat menyumbang pandangan yang praktikal dan tidak ternilai, lebih-lebih lagi ketika PIDM sedang melaksanakan perancangan
pemulihan resolusi.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan PIDM, kami mengalu-alukan kehadiran Zukri sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Rahamat Bivi atas sumbangan besar dan sokongan padu beliau kepada PIDM sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah sepanjang enam tahun yang lalu.

“Kami mengharapkan yang terbaik dalam segala urusan beliau pada masa depan,” tambah Rafiz.utusan

Dengan pelantikan baharu itu, ahli Lembaga Pengarah PIDM terdiri daripada:
* Dato Seri Zukri Samat (Pengerusi)
* Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour (Gabenor Bank Negara Malaysia) – ex officio
* Datuk Johan Mahmood Merican (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) – ex officio
* Datuk Dr. Yacob Mustafa
* Datuk Nor Eni Ismail
* Datuk Dr. Nik Ramlah Mahmood
* Datuk Dr. Gan Wee Beng
* Gloria Goh
* Lee Kong Eng – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN