SEJAK diperkenalkan pada 2003, Toyota Vios telah melalui pelbagai evolusi bagi memenuhi permintaan pasaran. Penambahbaikan demi penambahbaikan dibuat ke atas model ini bagi memastikan ia menepati selera masa kini pengguna terutama golongan muda.
Sehingga kini, difahamkan lebih 500,000 model berkenaan telah terjual, menunjukkan sambutan baik yang diberikan kepada model berkenaan.
Selaras dengan trend menawarkan kereta lebih baik, Toyota sekali lagi memperkenalkan Vios serba baharu pada Mac lalu. Toyota telah menggabungkan teknologi automotif termaju dengan spefikasi yang dinaik taraf bagi memberikan nilai terunggul kepada model berkenaan.
Vios serba baharu dengan tagline Mencabar Segala Jangkaan, dikilangkan di Assembly Services Sdn. Bhd. (AASB) di Bukit Raja, Klang.
Bagi penulis, tarikan pertama model ini sudah tentu kepada reka bentuknya yang dilihat menepati citarasa golongan muda dan yang sudah berkeluarga. Selain rekabentuk, tarikan lain ialah pada teknologi yang digunakan oleh Vios.

Baru-baru ini, penulis bersama Jurugambar AMIR KHALID berpeluang menyertai pandu uji kenderaan terbabit. Atas faktor tertentu, pandu uji telah dibuat oleh Amir. Perjalanan bermula dari ibu pejabat Toyota di Shah Alam menuju Janda Baik dan Genting Highlands di Pahang, sebelum kembali ke Shah Alam. Perjalanan termasuk melalui cuaca berkabus tebal semasa naik Genting Highlands dan hujan ketika turun.
Berikut rumusan dibuat oleh Amir, selepas pandu uji Vios serba baharu:
Kelebihan
* Reka bentuk yang agak sporty/seakan-akan fastback, berbeza dengan model sebelum ini
* Dalaman yang terasa mewah dengan kemasan kulit dan soft padded di mana-mana dashboard/doortrim panel
* Ciri-ciri keselamatan seperti Lane Keep Assist (LKA) dan Front Collision alert respon dengan pantas dan berfungsi dengan baik semasa sesi uji pandu
* Pengendalian stering yang ringan/mudah. Light and agile
* Butang/suis pada kokpit yangg senang dicapai oleh pemandu
* Great visibility semasa memandu
* Hill hold assist yg berfungsi dengan baik semasa mendaki di Janda Baik.
* Kadar rpm yg rendah sekitar 2000rpm jika dipandu kelajuan sekitar 100-110km/h (jimat minyak)
* Fungsi apple car play dan android auto yang sangat membantu dan patut sudah ada pada semua kenderaan baharu pada zaman sekarang.
* Kesimpulan, secara keseluruhan, Vios adalah kenderaan yang baik dan bagus bagi bujang atau berkeluarga. Praktikaliti yang mengikut trend pada masa kini.
Kekurangan
* Saiz sportrim dan tayar yang agak besar, 17 inci (bagi model G) pengguna mungkin perlu berbelanja lebih pada tiba masa untuk tukar tayar.
* Gearbox CVT yang agak bising, terasa bunyi mengaum kuat masuk ke bahagian tengah kabin semasa accelerate secara medium perlahan (keluar simpang)
* Postur tempat duduk pemandu kurang selesa terutama bagi pemandu berketinggian sekitar 5 kaki 8 inci, pemandu akan terasa sedikit lenguh pada bawah lutut dan belakang badan bila jalan jauh. (Malah, tempat duduk Persona VVT 2016-2023 jauh lebih selesa, mengikut postur untuk semua jenis ketinggian). Harap Toyota boleh perbaiki atau ubah cutting tempat duduk yang lebih support dan selesa.
* Mantapkan lagi suspensi yang lebih stiff terutama pada bahagian belakang, ada sedikit membuai masa selekoh laju.
Secara keseluruhan, Toyota Vios is the best. Sesuai untuk umum. Segmen B sedan yang agak ‘hensem’, dan besar saiznya kelihatan lebih panjang daripada model-model pesaingnya City, Almera, Persona, Mazda 2, Volkswagen Vento, Kia Rio Sedan. – UTUSAN










