PETALING JAYA: TNG Digital Sdn. Bhd. memperkenalkan program kesetiaan baharu, GOrewards yang membolehkan pengguna mengumpul mata apabila mereka berbelanja dengan Touch ‘n Go eWallet mereka untuk keperluan harian dan banyak lagi.
Dengan GOrewards, pengguna e-dompet itu mendapat lebih nilai untuk wang mereka dan boleh mengumpul mata setiap hari termasuk daripada barangan runcit, makanan dan minuman, pembayaran bil, beli-belah dalam talian, bahan api, insurans dan banyak lagi.
Sebagai kemudahan tambahan, pengguna juga boleh mengumpul mata untuk pembayaran tempatan dan antarabangsa yang dibuat melalui kad Touch ‘n Go Wallet Visa.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni berkata, dengan GOrewards, 21 juta pengguna e-dompet tersebut akan mendapat lebih nilai untuk setiap ringgit yang mereka belanjakan.
Katanya, pihaknya juga bekerjasama rapat dengan rakan kongsi jenama untuk menyusun tawaran katalog menarik dan tawaran untuk pengguna menebus mata mereka, dengan penebusan bermula dengan 100 mata.
“Memandangkan kebanyakan pemain industri mengurangkan program kesetiaan mereka, Touch ‘n Go e-Wallet memperkenalkan program kesetiaan komprehensif pertama iaitu GOrewards. Dengan ini, kami mahu bukan sahaja menjadi e-dompet yang paling selamat dan paling mudah, tetapi juga yang paling memuaskan. .
“GOrewards direka untuk membawa pengalaman yang bermanfaat sambil memberi insentif kepada pengguna kami untuk menemui lebih nilai semasa mereka berbelanja dan berurus niaga setiap hari.
“Selain itu, mereka boleh menyemak baki mata mereka, tarikh luput dan sejarah transaksi, semuanya dari halaman yang sama,” katanya pada pelancaran tersebut di sini semalam.
Sementara itu, Alan berkata, syarikat kini mempunyai kira-kira 10 rakan kongsi dan jenama dalam program dan akan terus mengukuhkan portfolio kesetiaannya dengan menambah lebih banyak rakan kongsi dan jenama pada bulan-bulan akan datang.
Menurutnya, mata boleh ditebus untuk ganjaran menarik yang termasuk e-baucar rakan kongsi strategik daripada jenama terkenal dan Ganjaran Alipay+, cabutan bertuah dan produk fizikal daripada Presto.
Pengguna kini boleh mengumpul mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dan menikmati sehingga enam kali mata bonus apabila mereka membayar menggunakan Touch ‘n Go eWallet di rakan kongsi strategik semasa tempoh kempen.
“Mulai 6 November 2023, rakan kongsi strategik ini akan menawarkan mata bonus kepada pengguna yang membayar dengan e-dompet ini,” ujarnya.
Antara akan strategik yang diperkenalkan dalam majlis tersebut adalah Kenny Rogers Roasters, ZUS Coffee, Bask Bear Coffee, Tealive, 7-Eleven, BHPetrol, CTOS, CelcomDigi, Taco Bell, Watson dan AIA Berhad.
Points collected have a validity period of six (6) months from the month they are earned. At the moment, toll payments and parking through PayDirect as well as RFID are currently not eligible for points.
Mata yang dikumpul mempunyai tempoh sah selama enam bulan dari bulan ia diperoleh dan pada masa ini, pembayaran tol dan tempat letak kereta melalui PayDirect serta RFID tidak layak untuk mengumpul mata. – UTUSAN










