KUALA TERENGGANU: Seorang usahawan produk berasaskan roselle bernekad memohon sijil halal untuk menyakinkan pelanggannya selepas produk keluarannya dilabel sebagai produk yang berasal dari China. Pengurus Operasi Zierich Resources, Noraziella Harun berkata, sijil halal keluaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tersebut banyak membantunya mengubah persepsi pengguna terhadap kesucian produk keluaran syarikatnya itu. Malah katanya, produk keluaran syarikatnya itu juga semakin mendapat tempat di hati pengguna setelah menerima pengesahan sijil halal tersebut…