Peniaga durian dihadap ke mahkamah, kongsi berita palsu mengenai bekalan diesel

Peniaga durian dihadap ke mahkamah, kongsi berita palsu mengenai bekalan diesel

SEORANG peniaga durian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membuat hantaran palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang peniaga durian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat hantaran komunikasi palsu di media sosial berkaitan pembekalan bahan api, pada April lalu.

Tertuduh, Nurhafizul Badrul Hisham, 34, dikesan membuat hantaran itu di laman Facebook menerusi akaun Nurhafizul Badrul Hisham dengan niat menyakitkan hati mana-mana orang pada 12 April lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, hantaran itu kemudian dilihat di Aras 8, Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada jam 6.48 pagi, 13 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan denda selanjutnya sebanyak RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Hakim Ahmad Fuad Othman kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM7,000 dan 5 Ogos ini sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, pegawai pendakwa MCMC, Mohamad Farhan Kamarudin mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir yang mewakili tertuduh merayu anak guamnya ditawarkan ikat jamin yang rendah kerana hanya menjual durian dan tidak memiliki pendapatan tetap

Nazrul Hakim juga memaklumkan, anak guamnya kini menanggung isteri yang tidak bekerja, dua anak yang masih kecil serta ibu dan ayahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN