SDAC perkenal Ranger Platinum,  Everest WildTrak Edisi Khas

SDAC perkenal Ranger Platinum,  Everest WildTrak Edisi Khas

TURSE Zuhair (kiri) bersama Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan pada Majlis Pelancaran Ford Ranger Platinum model baharu dan Ford Everest Wildtrak edisi khas di Ginger KL, Bamboo Hills Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melancarkan dua model baharunya iaitu Ranger Platinum dan Everest WildTrak Edisi Khas di pasaran Malaysia.

Malaysia adalah pasaran pertama yang melancarkan Ranger Platinum baharu di ASEAN dan model ini ini mengubahsuai segmen trak pikap dengan menawarkan ciri-ciri kemewahan dalam rangkaian modelnya.

Dipacu secara eksklusif oleh enjin diesel 2.0L Bi Turbo Ford, Ranger Platinum dijual dari RM183,888 di atas jalan raya, tanpa insurans di Semenanjung Malaysia dan RM189,688 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Sabah dan Sarawak.

Menurut SDAC, Ranger Platinum diberi sentuhan yang premium, seperti aloi bersaiz 20 inci (pertama kali dalam Ranger), lampu LED Matrix (pertama dalam kelas, terbaik dalam kelas), gril buatan khas, dan Flexible Rack System yang unik di pasaran, Rel Bumbung Swing-in-Place dan Power Roller Shutter.

Bahagian dalamannya pula diperkemas dengan kulit jahitan menyerlah, kerusi depan berhaba dan berudara (pertama kali dalam Ranger), dengan tiga tetapan memori dan kluster instrumen digital 12.4 inci (terbaik dalam kelas).

Selain itu, model itu dilengkapi dengan skrin infotainmen 12 inci dengan SYNC® 4A terkini, pembesar suara Bang & Olufsen dan pencahayaan ambien, e-Shifter dan Bantuan Parkir Aktif 2.0.

Ranger Platinumboleh didapati dalam warna gangsa Equinox, kelabu Meteor dan hitam Absolute.

Sementara itu, Everest WildTrak 2.0L Bi Turbo Diesel Edisi Khas pula dijual bermula pada RM338,888 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia dan RM342,388 (di atas jalan raya tanpa insurans) di Sabah dan Sarawak.

Menampilkan gaya tersendiri, Everest WildTrak Edisi Khas direka khusus untuk mereka yang berkeluarga, menggabungkan prestasi pengembaraan lasak dengan tahap keselesaan luar biasa, keupayaan terbaik dan teknologi unggul dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) yang lasak tapi anggun dan seronok untuk dipandu.

Everest WildTrak Edisi Khas menggabungkan teknologi bertaraf dunia dengan kemudahan dan keselesaan tahap premium, memastikan pelanggan menikmati pengalaman memandu yang unggul.

Model ini akan disediakan dalam tiga warna luar termasuk kuning Luxe, kelabu Meteor dan hitam Absolute.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata,  pihaknya bertekad untuk membekalkan produk dan perkhidmatan yang mesti dimiliki kepada pelanggan dengan janji teras untuk melayan mereka seperti keluarga.

“Ranger Platinum baharu memberikan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan. Mereka dapat menikmati keupayaan Ranger Generasi Baharu digandingkan dengan sentuhan kelas dan kemewahan yang luar biasa.

“Kami percaya Everest Wildtrak Edisi Khas akan menjadi kenderaan pilihan anda sekiranya anda memerlukan SUV lasak yang sedia untuk dibawa mengembara dan mencipta pengalaman dan kenangan terindah bersama orang-orang tersayang,” katanya pada pelancaran tersebut di Bamboo Hills, Segambut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN