SEPANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang membangunkan pelan hala tuju penyahkarbon penerbangan dengan kerjasama pihak industri dalam usaha untuk meletakkan negara sebagai sebuah hab penerbangan mampan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya menyedari bahawa usaha untuk ke arah penyahkarbon memerlukan kerjasama, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan serta insentif untuk meningkatkan pengeluaran dan penggunaan bahan api penerbangan yang mampan (SAF). “Kementerian Perladangan dan Komoditi juga telah ditugaskan untuk membangunkan insentif…










