MINI Malaysia perkenal MINI Clubman Final Edition

MINI Malaysia perkenal MINI Clubman Final Edition ke pasaran tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MINI Malaysia memperkenalkan keluaran edisi terbaharunya iaitu MINI Clubman Final Edition bagi pasaran tempatan.

Edisi kali ini hanya terhad kepada 20 unit untuk jualan di Malaysia daripada 1,969 unit yang dikeluarkan untuk pasaran di seluruh dunia.

Dengan harga runcit beserta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak RM318,888.00, MINI Clubman Final Edition didatangkan dengan reka bentuk yang kemas dan ditambah aneka dekorasi serba eksklusif dalam bentuk Shimmer Copper.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, pihaknya teruja untuk memperkenalkan MINI Clubman Final Edition bagi pasaran Malaysia kerana membolehkan mereka memberikan penghormatan kepada legasi dan sejarah MINI Clubman serta peminat MINI yang kian berkembang dan menjadi tunjang kepada kejayaan jenama itu.

Katanya, MINI Clubman Final Edition merupakan simbol peribadi  yang versatil, hadir untuk alaf baharu.

“Kini, MINI Clubman Final Edition yang diperhalus dalam segala aspek menyerlahkan aura eksklusif kereta ini.

“Antaranya, bampar dan gril hadapan baharu yang dipadankan dengan trim Shimmer Copper yang menawan bagi menonjolkan iras gah sebuah jentera MINI.

“MINI Cooper S blade di bahagian grill juga turut dihiasi dengan Shimmer Copper bagi menambah sentuhan peribadi yang istimewa bagi edisi ini,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, MINI Clubman Final Edition turut mencuri perhatian apabila diberikan elemen-elemen Piano Black dari hadapan hingga ke belakang dengan sentuhan lebih karismatik pada lampu hadapan, pemegang pintu, ekzos serta rim aloi ringan 18 inci.

“Setiap MINI Clubman Final Edition juga memaparkan lencana “1 of 1969” pada tiang C dan “Final Edition” di bahagian belakang untuk menonjolkan lagi gaya eksklusif.

“MINI Clubman Final Edition dihadirkan dalam tiga pilihan warna yang menawan iaitu  Nanuq White, Melting Silver III dan Enigmatic Black,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×