CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) kini berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran kutipan cukai RM185.02 bilion sehingga akhir tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sasaran itu diharap dapat dicapai dengan sokongan pelbagai inisiatif dan produk diperkenalkan LHDN. Beliau berkata, setakat 30 Oktober lalu, LHDN berjaya mengutip RM151.48 bilion dan kejayaan itu hasil komitmen dan usaha gigih warga LHDN. “Setiap tahun LHDN menyumbang…










