Jabatan Veterinar sedia pelan tangani isu pengeluaran ayam 

Jabatan Veterinar sedia pelan tangani isu pengeluaran ayam 

MOHD. Azumi Mohamed dan Rahaya Mohd. Ali pada Majlis perasmian Livestock Malaysia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. - ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan komited menangani isu pengeluaran ayam.

Justeru, pihaknya menyasarkan untuk mewujudkan satu pelan tindakan untuk peternakan dalam industri global bagi pelan jangka panjang sekali gus mengekalkan keseimbangan ekologi.

Pengarah Bahagian Kanan, Bahagian Kesihatan Awam Veterinar,  Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr. Rahaya Mohd. Ali berkata, pihaknya memahami cabaran yang dihadapi oleh petani dan pihak berkepentingan berikutan isu kenaikan harga daging, keselamatan produk, gangguan teknologi dan isu kebajikan alam sekitar dan yang berkaitan dengan pengeluaran ayam.

“Bagaimanapun, bagi memastikan industri berkembang maju dalam pasaran dunia, industri ayam mesti menyesuaikan diri dengan cabaran tersebut dan memastikan kemampuannya menyumbang kepada sekuriti makanan negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis perasmian Livestock Malaysia 2023 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Bersama Informa Market, Tan Sri Mohd. Azumi Mohamed berkata,

Livestock Malaysia 2023, pameran industri makanan, ternakan dan daging antarabangsa edisi ke-10 anjuran Informa Markets dijadualkan berlangsung dari 29 November hingga 1 Disember 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pameran yang menghimpunkan lebih 110 pihak berkepentingan tempatan dan antarabangsa dari 14 negara itu dijangka menjadi tumpuan bagi inovasi terkini dalam pengeluaran makanan, pemprosesan daging dan pengeluaran ternakan.

Acara yang disokong oleh kerajaan dan diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Ternakan Malaysia 2023 diperakui oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Universiti Putra Malaysia (UPM) bertindak sebagai rakan akademik acara itu, menekankan kepentingan pendidikan dan penyelidikan dalam industri ternakan.

Dalam pada itu, Mohd. Azumi menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang sasaran bagi pameran terbabit.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran bagi pameran ini namun, kita percaya pameran yang kita sediakan ini adalah ruang kerjasama yang amat menggalakkan daripada pemain industri dalam dan luar negara,” katanya.

Jelasnya, pada masa hadapan , Informa Market akan meneruskan pameran seperti ini selepas melihat sambutan yang menggalakkan.

“Pameran ini bukan sahaja mempamerkan teknologi dalam bidang peternakan tetapi peluang untuk bertukar pandangan mengenai masa depan industri ini.

“Selain itu, pameran ini sukar diadakan tanpa bantuan dan sokongan agensi, jabatan veterinar  dan pihak lain.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN