Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti ambil untung

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti ambil untung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas kenaikan kukuh semalam.

Pada 9.16 pagi, FBM KLCI susut 3.92 mata kepada 1,460.75, daripada penutup semalam pada 1,464.67 mata, memetik laporan Bernama.

Indeks penanda aras dibuka 0.62 mata lebih rendah pada 1,464.05.

Pasaran yang lebih luas juga negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 214 berbanding 152, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,692 tidak diniagakan dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 329.98 juta unit bernilai RM140.34 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Thong Pak Leng berkata, pengumpulan saham akan berterusan terutamanya daripada dana asing, dan indeks penanda aras dijangka berlegar dalam julat 1,460 hingga 1,470 hari ini dan mungkin melepasi paras 1,500 mata tidak lama lagi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare Bhd. naik tiga sen kepada RM6.04, Hong Leong Bank Bhd. naik empat sen kepada RM19.32, Malayan Banking Bhd. (Maybank) tidak berubah pada RM9.11, Public Bank Bhd. susut lima sen kepada RM5. 76, Petronas Chemicals Group Bhd. susut enam sen kepada RM7.28, dan Tenaga Nasional Bhd. susut satu sen kepada RM9.99.

Bagi saham aktif, EA Technique (M) Bhd. meningkat 3.5 sen kepada 37.5 sen, Ranhill Utilities Bhd. pada 91 sen dan Salutica Bhd. pada 85 sen kedua-duanya meningkat tiga sen. Sementara itu, CN Asia Corp Bhd. susut setengah sen kepada 18.5 sen, manakala Econpile Holdings Bhd. dan Tanco Hondings Bhd. masing-masing tidak berubah pada 31.5 sen dan 57 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 22.38 mata kepada 10,787.05, Indeks FBMT 100 turun 22.26 mata kepada 10,451.37, dan Indeks FBM Emas Shariah padam 22.26 mata kepada 10,990.63. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN