Bursa dibuka rendah, aktiviti ambil untung

Bursa dibuka rendah, aktiviti ambil untung

FBM KLCI dijangka mencapai paras 1,740 mata menjelang akhir tahun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ativiti mengambil untung dalam persekitaran pasaran serantau yang lemah, mendorong Bursa Malaysia didagangkan rendah pada sesi pagi ini, menurut penganalisis pasaran.

Pada pukul 9.15 pagi, FBM KLCI susut 0.87 mata kepada 1,456.73, daripada penutup semalam pada 1,457.60. Indeks dibuka 0.76 mata lebih rendah pada 1,456.84, memetik laporan Bernama.

Jumlah dagangan berjumlah 340.33 juta unit bernilai RM127.01 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. berkata, Wall Street didagangkan bercampur-campur semalaman, kerana pelabur masih menetapkan harga dalam persekitaran kadar faedah “lebih tinggi untuk lebih lama” sambil berhati-hati menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell mengenai prospek kadar faedah AS.

Pembroker saham menyatakan bahawa, minat dagangan di Wall Street juga perlahan, selepas pasaran saham AS meningkat selama kira-kira lapan hingga sembilan hari berturut-turut.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS terus menurun, sementara pelabur memerhati dengan teliti kenyataan Pengerusi Fed untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk tentang arah kadar faedah.

“Dengan kelembapan aktiviti dagangan, aktiviti pengambilan untung selanjutnya mungkin muncul di pasaran tempatan. Kami menjangkakan peniaga memberi tumpuan kepada musim pelaporan yang akan datang untuk peluang dagangan,” kata firma penyelidikan itu.

Antara saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd, dan CIMB Group Holdings Bhd semuanya tidak berubah.

Maybank berada pada RM9.12 sesaham, diikuti Public Bank pada RM4.21, dan CIMB pada RM5.77. Tenaga Nasional Bhd. pula susut satu sen kepada RM9.91, dan IHH Healthcare Bhd. turun dua sen kepada RM5.98. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN