KUALA LUMPUR: Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) menjalinkan kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mempertingkatkan kutipan wakaf tunai Malaysia sebagai salah satu elemen pemerkasaan ekonomi rakyat. Menerusi kerjasama ini, BSN menyediakan pelbagai platform pewakafan seperti Ejen Bank BSN (EB BSN), JomPay, mesin juruwang automatik (ATM) atau deposit wang (CDM), perbankan internet myBSN, e-biller dan melalui kaunter di cawangan BSN. Perkara tersebut bakal memudahkan akses kepada setiap lapisan masyarakat tidak…