AEON Credit lancar skim pinjaman motosikal elektrik

AEON Credit lancar skim pinjaman motosikal elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Credit Service (M) Berhad (AEON Credit) melancarkan Skim Pinjaman Motosikal Elektrik untuk memperkasakan Skim Sewa Beli i-Scheme sedia ada.

Kemudahan itu juga untuk memenuhi permintaan yang meningkat di pasaran pinjaman motorsikal elektrik (EV).

Syarikat itu berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan selaras dengan Pelan Lestari 3 Tahun bagi AEON Credit dan komitmennya untuk merealisasikan neutral karbon menjelang 2030.

Katanya, bagi mencapai matlamat Malaysia sebagai neutral karbon negara menjelang 2050, sebagaimana diiktiharkan dalam Pelan Malaysia Ke-12 (12MP) 2021-2025, AEON Credit telah memperkenalkan Skim Pinjaman Motosikal Elektrik yang pertama sebagai komponen penting dalam strategi kelestarinya yang berterusan.

“Skim baharu ini telah direkakan supaya pelanggan AEON Credit berpeluang untuk memiliki kenderaan elektrik masing-masing. Kaedah ini juga diperkenalkan untuk mengurangkan jejak karbon dalam kehidupan mereka dan sejajarnya menuju ke gaya hidup yang lebih lestari,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, skim pinjaman itu dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun dengan menawarkan fleksibiliti untuk menyeleraskan pelan bayaran, dengan maksimum tempoh pinjaman sehingga 84 bulan.

Katanya, pinjaman tersedia bagi pengguna motosikal elektrik Blueshark, menandakan titik permulaan komitmen AEON Credit dalam sektor pinjaman mobiliti karbon rendah.

“Pada masa yang sama, AEON Credit secara proaktifnya, sedang berusaha meluaskan skim pinjaman inovatif ini untuk merangkumi pelbagai jenama motosikal elektrik secara berperingkat bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin merancak,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan AEON Credit, Daisuke Maeda berkata, pelancaran skim pinjaman itu merupakan peruntukkan yang mustahak ke arah matlamat keseluruhan Kumpulan dalam mencapai sasaran kelestarian.

Kata beliau, Kumpulan kini dapat memainkan peranan proaktif dalam mengecapi sasaran negara sebagai negara neutral karbon yang telah ditetapkan.

“Dengan memahami keperluan berkembang pelanggan kami dan menyediakan pilihan pinjaman ini dengan objektif inklusi kewangan kami, kami dapat menggalakkan penggunaan kenderaan mobiliti karbon rendah bagi pelanggan kami yang menginginkan gaya hidup lestari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN