Urusniaga saham BPlant ditutup untuk hari kedua hari ini

Urusniaga saham BPlant ditutup untuk hari kedua hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Urusniaga saham syarikat Bousted Plantation Berhad (BPlant) digantung untuk hari kedua hari ini bermula pukul 9 pagi, sementara menunggu pengumuman lanjut.

“Oleh itu, dagangan dalam waran berstruktur berkaitan BPlant juga akan digantung sewajarnya,” maklum syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, semalam.

Penggantungan urusniaga itu adalah atas permintaan BPlant, tambahnya.

Semalam, syarikat perladangan milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu turut menggangung urusniaganya sementara menunggu pengumuman, difahamkan berkaitan cadangan pengambilalihan 33 peratus pegangan dalam BPlant oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) daripada LTAT dan Bousted Holdings Berhad. Turut digantung adalah urusniaga dagangan sekuriti dan waran berstruktur KLK.

Saham BPlant susut sebanyak 27 sen atau 18.49 peratus pada sesi dagangan pagi kelmarin, menjelang tarikh akhir kedua cadangan pengambilalihan syarikat perladangan itu oleh KLK, pada 6 Oktober ini.

Penjualan itu telah mencetuskan kebimbangan bahawa pengambilalihan oleh KLK mungkin menghadapi halangan. Setakat ini tiada kenyataan rasmi dieluarkan oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam cadangan pengambilalihan tersebut.

Pada 24 Ogos lalu, KLK buat pertama kali mengumumkan rancangan untuk mengambil alih 33 peratus pegangan dalam BPlant daripada LTAT dan Boustead Holdings Bhd. pada harga RM1.15 bilion atau RM1.55 sesaham, dan akan melanjutkan tawaran am mandatori dengan rancangan untuk meningkatkan pegangan kepada 65 peratus.

Syarikat itu kini memegang 3.09 peratus kepentingan langsung dalam BPlant, berikutan pengambilalihan terakhirnya sebanyak 6.11 juta saham pada 29 September. Sementara itu, LTAT dan Boustead akan memiliki baki 35 peratus pegangan berbanding 68.01 [eratus yang mereka miliki sekarang iaitu 10.59 peratus di bawah LTAT dan 57.42 peratus di bawah Bousted.

Tarikh akhir cadangan itu pada mulanya dilanjutkan kepada 22 September dari 11 September. Ia kemudian dilanjutkan lagi selama dua minggu sehingga 6 Oktober ini.

Cadangan itu dilihat sebagai tawaran yang baik untuk LTAT memandangkan hasil tandan buah segar (TBS) BPlant di bwah purata dan KLK merancang untuk membiayai kos penanaman semula yang diperluakan untuk separuh daripada ladang PLant dianggarkan berjumlah sekitar RM150 juta setahun selama beberapa tahun.

Dalam tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun tahun kewangan 2023, BPlant mencatatkan kerugian bersih RM304,000 berbanding keuntungan bersih RM508.38 juta pada separuh pertama 2022, apabila hasil turun 40.43 peratus kepada RM400.98 juta daripada RM673.11 juta dengan normalisasi harga minyak sawit mentah.

Perjanjian itu mendapat perhatian selepas pemimpin pembangkang mendakwa perjanjian berkenaan tidak sesuai dengan matlamat kerajaan untuk mencapai sasaran pegangan ekuiti korporat bumiputera sebanyak 30 peratus menjelang 2025 seperti digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Dalam reaksinya di Parlimen pada 18 September lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, LTAT telah mempelawa 15 syarikat berkaitan perladangan termasuk Sime Darby Plantation Bhd., Lembaga Tabung Haji, Tradewinds Corp. dan FGV Holdings Bhd. untuk proses bidaan.

Bagaimanapun katanya, kebanyakan syarikat tidak berminat atau mengemukakan bidaan yang terlalu rendah.

“Boustead sebagai sebuah syarikat memilih tawaran yang lebih tinggi (daripada KLK) kerana mereka memerlukan RM800 juta menjelang akhir tahun, dan RM1.7 bilion lagi untuk menebus nota jangka sederhana Islam mereka,” kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya