UEM Edgenta anjur Hari Vendor 2023

UEM Edgenta anjur Hari Vendor 2023

EWON Benedick menyampaikan anugerah kepada vendor cemerlang UEM Edgenta sempena sambutan Hari Vendor syarikat itu di Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) menganjurkan Hari Vendor 2023 bagi menghargai dan mengukuhkan hubungan dengan para vendor yang telah menyumbang kepada pertumbuhan dan kecemerlangan syarikat itu.

Acara itu diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), meneruskan kesinambungan momentum dan usaha dalam mewujudkan sebuah ekosistem vendor yang terangkum dan kondusif.

Hadir sama bagi memeriahkan majlis berkenaan adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick.

Ewon menekankan peranan penting yang dimainkan oleh rakan strategik swasta seperti UEM Edgenta di dalam merealisasikan Program Pembangunan Vendor (VDP) yang merupakan program seliaan KUSKOP.

“Sehingga hari ini, lebih 16 usahawan UEM Edgenta telah menerima pelbagai manfaat program PPV seperti Program Pembangunan Kapasiti dan Keupayaan Vendor, Geran Inovasi dan Pengkomersialan Vendor serta Program Akses Pasaran Antarabangsa,” katanya dalam ucapan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan UEM Edgenta, Hillary Chua berkata, antara inisiatif yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi para vendor termasuk Program Pembiayaan Vendor (SFP) UEM Edgenta, yang telah dilancarkan pada 30 Ogos 2022, melalui kerjasama HSBC Amanah Malaysia Berhad.

Ujarnya, program itu menawarkan kemudahan pembiayaan kepada vendor yang berlandaskan Islam/Syariah pertama di Asia.

Jelasnya, matlamat program untuk memperkukuh program pembangunan vendor bumiputera di Malaysia dan menyokong pembekal Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam mendapatkan kadar faedah yang sangat rendah dan pembiayaan yang mudah tanpa cagaran.

“Program ini juga turut menyediakan aliran tunai dan modal kerja yang diperlukan kepada para PMKS untuk membiayai operasi harian mereka, sehingga membolehkan mereka berkembang menjadi syarikat yang lebih besar.”

“Inisiatif yang seterusnya adalah rangka kerja Strategic Vendor Management (SVM). Melalui inisiatif ini, Syarikat dapat membangunkan rangka kerja pengurusan vendor yang strategik dan mencipt metodologi untuk menilai prestasi vendor.

“Hal ini sekaligus dapat memberi manfaat kepada kedua-dua organisasi. Bagi menyokong aspirasi kerajaan dalam pembangunan vendor bumiputera sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, syarikat telah memperkenalkan Vendor Development Programme (VDP).

“Program pembangunan yang bertempoh tiga tahun ini bertujuan untuk memberikan peluang pertumbuhan perniagaan yang mampan dan memupuk daya ketahanan dalam menghadapi persekitaran perniagaan yang mencabar.

“Program ini juga akan meningkatkan keupayaan vendor untuk meneroka peluang perniagaan di luar Edgenta dan mencipta platform pembangunan yang kompetitif bagi membina reputasi vendor yang cemerlang,” katanya.

Pada majlis itu, Ewon Benedick turut menyampaikan Anugerah Program Pembangunan Vendor (PPV) diterima oleh tujuh usahawan dan Anugerah Khas Prestasi Cemerlang diterima oleh enam usahawan.  Manakala lima usahawan menerima Anugerah Khas Health, Safety, Security & Environment (HSSE) disampaikan oleh Hillary Chua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN