PETALING JAYA: Lynas Rare Earths Australia mengumumkan rancangan untuk menutup sementara semua operasinya di Malaysia kecuali kilang pemprosesan karbonat nadir bumi campuran pada Disember. Memetik laporan Reuters, Syarikat itu berkata, ia akan melaksanakan peningkatan kepada operasi hilirannya di Lynas Malaysia untuk meningkatkan pengeluaran neodymium-praseodymium (NdPr) kepada kira-kira 10,500 tan setahun. “Peningkatan itu akan menjadi penting jika lesen operasi syarikat di Malaysia, yang mempunyai syarat menghalang pelombong daripada mengimport dan memproses…











