Rancang kumpul bon €110 juta untuk selamatkan KNM

Jutawan Jerman rancang kumpul bon €110 juta untuk selamatkan KNM

TUNKU Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Andreas Heeschen (kanan) dalam sidang media di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Lembaga Pengarah baharu yang dicadangkan untuk pemilihan KNM Group Berhad, berhasrat mengumpul bon berjumlah 100 juta pound (RM550 juta) daripada pelabur institusi di Eropah sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan hutang syarikat itu.

Kumpulan berkenaan diketuai oleh kerabat Johor, Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan jutawan Jerman, Andreas Heeschen dicadangkan mengambil alih kepimpinan KNM bagi menyelamat Syarikat itu yang kini dalam status PN17.

KNM dilaporkan akan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Isnin ini (16 Oktober 2023).

Menurut Heeschen, kumpulan berkenaan boleh memulakan pembayaran kepada pemiutang dalam tempoh 90 hari selepas mengambil alih kepimpinan syarikat.

“Setelah bon diletakkan dan pemahaman yang lebih baik mengenai kewangan syarikat diperoleh, peningkatan modal pemegang saham dianggarkan sehingga RM600 juta akan diletakkan.

“Tujuan wang baharu ini adalah untuk menetapkan semula kertas kerja syarikat dan menyediakan modal yang diperlukan untuk membiayai operasi KNM di peringkat Kumpulan.

“Syarikat akan memasuki Rancangan Penstrukturan lima tahun untuk memulihkan aset yang tidak berprestasi dan mencipta nilai pemegang saham. Ini termasuk pelaburan ke dalam aset sedia ada seperti memulakan semua kerja di bengkel Malaysia dan kilang etanol di Thailand, tertakluk kepada kajian kelayakan,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurut laporan, pada 29 Ogos, Heeschen memperoleh 320 juta saham atau 7.91 peratus kepentingan dalam KNM, menjadikannya pemegang saham kedua terbesar.

Tunku Kamariah yang meninggalkan sidang media lebih awal atas sebab kesihatan, telah dicadangkan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KNM. Pada Mei, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi AHB Holdings Bhd.

Selain Tunku Kamariah dan Heeschen, nama lain yang dicalonkan adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KNM, Flavio Porro; Datuk Abd Ghani Yusof (bekas Pengerusi Magna Prima Bhd. dan Komakcorp Bhd); Edwin Silvester Das (kini CEO Jiankun International Bhd.); Datuk Zaidi Mat Isa @ Hashim (Pengarah Eksekutif SMTrack Bhd.); dan William H Van Vliet II (memegang jawatan sama di CN Asia Corp Bhd.)

Heeschen berkata, kumpulannya berhasrat menyuntik perniagaan tambahan ke dalam KNM untuk menyokong kapasiti semua anak syarikat yang beroperasi.

Ia termasuk pelaburan ke dalam projek etanol Impress di Thailand, untuk memulakan semula fasiliti dan mungkin meningkatkan saiz daripada 200,000 liter sehari kepada 500,000 liter sehari.

“Aset ini seperti aset lain dalam KNM, hanya memerlukan modal dan pengurusan yang sesuai untuk menjadikan aset yang berprestasi,” katanya.

Mengulas hasrat kumpulan beliau mengambil alih kepimpinan dalam KNM, Heeschen berkata, mereka mahu membawa kepemimpinan baharu ke dalam syarikat dengan pengalaman dalam industri dan pasaran antarabangsa.

“Kami inngin memberi tumpuan kepada perlindungan semua pihak berkepentingan dalam syarikat. Kami ingin memberi tumpuan kepada membina masa depan untuk KNM dan anak syarikatnya, bukan hanya program restrukturisasi hutang,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap para pemegang saham KNM dapat menilai perancangan mereka bagi memastikan Syarikat boleh terus memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi, selain mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

“Saya di sini kerana ia perlu berubah. Ia sebuah syarikat yang bagus, mempunyai portfolio yang hebat. Kami perlu menyelesaikan perkara ini. Ini bukan pengambilalihan `hostile.’ Ini adalah permintaan daripada pemegang saham untuk mengubah apa yang berlaku.

“KNM sebagai syarikat Malaysia yang mempunyai sejarah dan aset (yang kukuh sebelum ini), berhak untuk mendapat yang lebih baik. Kami percaya boleh membawa perubahan itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya