Jualan kenderaan pada September 68,155 unit

Jualan kenderaan pada September 68,155 unit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jualan kenderaan di Malaysia bagi September 2023 meningkat lima peratus kepada 68,155 unit daripada 65,160 unit pada bulan sama tahun lalu, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA berkata, jualan kenderaan penumpang meningkat sebanyak 61,560 unit pada September 2023 daripada 57,521 unit pada September 2022, manakala jualan kenderaan komersial jatuh kepada 6,596 unit daripada 7,639 unit.

Jualan bagi sembilan bulan pertama tahun ini adalah naik 11 peratus kepada 571,767 unit berbanding 514,449 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

“Jumlah jualan kenderaan penumpang naik kepada 512,852 unit berbanding 456,572 unit pada tempoh sama 2022 dan kenderaan komersial sebanyak 58,915 unit berbanding 57,877 unit tempoh sama 2022.

“Industri automotif tempatan mencatatkan penurunan dalam jualan kenderaan bermotor baharu bagi September 2023. Pada 68,156 unit, Jumlah Volum Industri (TIV) adalah 6.4 peratus lebih rendah daripada Ogos 2023 pada 72,809 unit.

“TIV yang lebih rendah pada September 2023 boleh dikaitkan dengan pengguna yang mengamalkan sikap tunggu dan lihat dalam menjangkakan insentif di bawah pengumuman Belanjawan Negara 2024,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, MAA berata, jumlah pengeluaran industri yang dicatatkan pada September 2023 pada 69,133 unit adalah lebih tinggi sedikit berbanding 67,912 unit pada Ogos 2023.

“Bagi Oktober 2023, ramalan jualan MAA dijangka seperti paras September 2023,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN