Andorra Healthcare, Nectar jalin kerjasama

Andorra Healthcare, Nectar jalin kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Andorra Healthcare Berhad baru-baru ini memeterai perjanjian kerjasama (MoC) dengan Nectar Verse Holdings untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu dan anak dalam pasaran yang lebih luas.

Kerjasama itu adalah usaha Andorra Healthcare mempertingkatkan komitmennya dalam perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan mampu milik kepada pasaran yang lebih luas termasuk untuk ahli koperasi di seluruh negara dan Asia Tenggara.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Andorra Healthcare, Dr. Khamsiah Muda berkata, kerjasama itu bertujuan menjangkau pasaran penjagaan kesihatan yang lebih luas termasuk segmen koperasi serta meningkatkan taraf penjagaan kesihatan ibu dan anak ke tahap yang lebih tinggi pada kos berpatutan.

“Dengan jumlah keahlian melebihi tujuh juta, sumbangan pergerakan koperasi melalui kutipan modal saham dan yuran adalah sebanyak RM16.5 bilion dengan penjanaan aset berjumlah RM156.2 bilion. Gerakan koperasi telah berkembang pesat dan berjaya mencapai pelbagai kejayaan,” katanya dalam kenyataan sempena pemeteraian kerjasama itu.

Pengerusi Nectar Verse, Ahmad Tarmizi Mukhtar pula berkata, perkongsian membolehkan Nectar dan rakan kongsi perniagaannya terlibat dalam usaha “capability-building” untuk menyokong ekosistem penjagaan kesihatan ibu dan anak yang unik.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Belia Digital, Musa A. Rahman yang menyaksikan pemeteraian itu berkata: “Dengan penglibatan Koperasi Belia Digital Berhad, usaha ini akan menerajui penjagaan kesihatan yang inovatif, mampu milik dan berkualiti kepada komuniti koperasi secara amnya.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN