PETALING JAYA: XOX dan ONEXOX telah melancarkan X-Bike dan X-Truck, tambahan terbaharu kepada sayap perkhidmatan pelanggan syarikat itu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX, Ng Kok Heng berkata, X-Bike dan X-Truck akan berfungsi sebagai cara untuk memudah serta meringankan beban rakyat dalam mendapatkan talian telekomunikasi dan perkhidmatan data internet pada kadar yang berpatutan dalam jangkauan mereka. Beliau berkata, pelanggan yang terutamanya tinggal di kawasan terpencil dengan akses terhad ke bandar berdekatan,…










