PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.5 bilion pada 30 Ogos 2023, meningkat berbanding AS$112.2 bilion pada 15 Ogos 2023 lalu. Bank pusat dalam kenyataannya berkata, paras rizab memadai untuk membiayai 5.2 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. “Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing sebanyak AS$100.3 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset-aset rizab lain (AS$2.7 bilion),” katanya. Sementara itu, jumlah aset berjumlah RM625.79…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya