PETALING JAYA: Pemegang amanah Hektar REIT, MTrustee Bhd. memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan KYS College Sdn. Bhd. untuk membeli bangunan yang membentuk sebahagian daripada Kolej Yayasan Saad di Ayer Keroh, Melaka pada nilai RM150 juta. Dalam pemfailan di Bursa Malaysia, pengurus REIT, Hektar Asset Management Sdn. Bhd. berkata, pajakan 30 tahun ke atas bangunan kepada KYSA Education Sdn. Bhd. bermula pada 22 Jun. Katanya, bangunan tersebut akan diubah…










