PETALING JAYA: Eco World Development Group Berhad (EcoWorld Malaysia) mengumumkan, telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan IOI Prima Property Sdn. Bhd. untuk memperoleh 403.78 ekar tanah terletak di Mukim Senai, Kulai, Johor pada harga RM211.065 juta, yang diselesaikan secara tunai. EcoWorld dalam kenyataan berkata, tanah itu terletak di lokasi strategik, mudah diakses melalui Lebuhraya Utara-Selatan (terletak 5 kilometer dari Tol Kulai) dan menikmati rangkaian perhubungan yang baik ke Lebuhraya…










