BANGKOK: Thailand tidak akan menghentikan eksport beras kerana ia mempunyai pengeluaran yang mencukupi untuk eksport dan penggunaan domestik, kata Menteri Perdagangan, Jurin Laksanawisit. Malah kata beliau, Thailand akan mendapat manfaat daripada tindakan India melarang eksport beras negara itu. India, pengeskport terbesar beras dunia, telah mengeluarkan larangan eksport komoditi itu pada Julai lalu dalam usaha mengawal harga domestik. Tindakan tersebut dijangka memberi kesan kepada pasaran dan inflasi makanan global. “Larangan India…










