Syarikat induk myTukar capai keuntungan suku tahunan terbaik

Syarikat induk myTukar capai keuntungan suku tahunan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Carro, syarikat induk myTukar, mencatatkan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) tertinggi sejak penubuhannya, berjumlah AS$11 juta (RM50.57 juta), lebih AS$4 juta (RM18.39 juta) pada Jun, bagi suku pertama tahun kewangan 2024 (S1 TK2024).

Syarikat juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk S1 TK2024, meskipun suku tahun yang lebih lemah memandangkan musim perayaan Hari Raya, Lebaran dan Songkran di rantau ini.

Margin untung kasar S1 TK2024 Carro meningkat 14 peratus, jauh lebih awal daripada Margin Untung Kasar FY2023 sebanyak 9 peratus.

“EBITDA kini berada pada kadar ‘run-rate’ tahunan melebihi AS$50 juta, lebih daripada 10 kali ganda  daripada apa yang telah dicapai untuk keseluruhan Tahun Kewangan 2023,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Carro, Aaron Tan berkata, tumpuan Kumpulan kepada perkara asas dan keengganannya untuk turut menyertai perang subsidi telah membolehkan Carro mencatatkan empat suku EBITDA yang positif.

“Pelaksanaan model perniagaan yang dipandu ekosistem digital kami telah menjadikan perniagaan kami secara asasnya lebih kuat dan tahan lasak dengan aliran pendapatan sampingan berulang yang ketara.

“Kadar lampiran sampingan meningkat apabila kami lebih fokus pada platform kami. Pelaburan daripada Jardine C&C akan membantu kami memacu pertumbuhan pendapatan, terutamanya daripada perkhidmatan selepas jualan Perkongsian teknologi insurans kami dengan ZA Tech dan MSIG membuahkan hasil, dengan Premium Bertulis Kasar berkembang hampir 100 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Carro sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memasuki Jepun dan pasaran lain.

“Dengan aliran tunai yang kuat tanpa kerugian operasi, kami telah membuat satu keputusan strategik untuk memasuki pasaran baru tahun ini yang akan memastikan pertumbuhan yang lebih kuat untuk Carro bagi tahun-tahun yang akan datang,” tambah Aaron.

Ditubuhkan pada 2015, Carro merupakan platform pasaran kereta dalam talian terbesar di Asia Tenggara. Dengan menawarkan pengalaman yang diyakini lagi telus, Carro mentransformasi kegiatan pembelian dan penjualan kereta yang konvensional dengan menggembleng kuasa algoritma harga miliknya, keupayaan berdaya kecerdasan buatan (AI), dan solusi-solusi teknologi serba inovatif. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN