Sektor pembuatan diunjur lemah pada suku ketiga

Sektor pembuatan diunjur lemah pada suku ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan sektor pembuatan kekal lemah pada suku ketiga tahun ini berikutan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan yang rendah pada Julai didorong oleh permintaan yang berkurangan.

Menurut firma penyelidikan itu, perkembangan berkemungkinan berlarutan menjelang akhir tahun berikutan kelembapan ekonomi global dan kesan asas yang lebih rendah yang dicatatkan tahun lepas.

Katanya, perkara tersebut dijangka mempengaruhi prospek pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga tahun ini yang diramalkan menyederhana secara mendadak kepada 3.4 peratus daripada anggaran 6.0 peratus pada suku kedua.

“Namun begitu, kami me­ngekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2023 pada 4.7 peratus (2022: 8.7 peratus) kerana kami menjangkakan permintaan domestik kekal berdaya tahan dan menyokong pertumbuhan ke­seluruhan.

“Ini disebabkan terutama­nya oleh pemulihan berterusan dalam subsektor berkaitan pelancongan yang sebahagian besarnya disokong oleh pemulihan semula pelancongan antarabangsa dan keadaan pasaran buruh yang stabil.

“Perkara tersebut seperti yang dilihat oleh kadar pengangguran yang lebih rendah serta peningkatan yang baik dalam pendapatan isi rumah,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ke­nanga Investment mengakui risiko penurunan yang berlarutan terhadap prospek pertumbuhan, terutamanya datang daripada sektor luar.

Firma penyelidikan itu berkata, sentimen perniagaan menjadi lemah, tetapi prospek kekal positif.

“Sentimen agak menyederhana, tetapi pengeluar kekal optimis bahawa keadaan permintaan akan kembali normal dalam tempoh 12 bulan akan datang, seperti yang dilihat dalam bulan ke 25 berturut-turut untuk pengeluaran masa depan.

“Pekerjaan terus menurun apabila firma mengurangkan pengambilan pekerja kerana tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara sukarela,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN