KMIKT raih pendapatan tertinggi pada 2022

KMIKT raih pendapatan tertinggi pada 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMIKT), anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. berjaya menamatkan tahun kewangan 2022 (TK2022) dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa sejak beroperasi di premis baru berlokasi di Batu Burok, Terengganu.

KMIKT mencatatkan keuntungan pertama dan tertinggi sejak beroperasi di premis baharu dan merupakan rekod tertinggi sejak syarikat ditubuhkan 17 tahun yang lalu. Sebelum ini keuntungan hanya dicatat pada 2013 di premis lama.

MAZLI ZAKUAN MOHD. NOOR

Pengerusi KMIKT, Mazli Zakuan Mohd. Noor berkata, prestasi yang konsisten ini membuktikan KMIKT kekal cemerlang sebagai hospital pakar swasta pilihan dan dipercayai.

Ujarnya, dalam usaha me­ningkatkan prestasi syarikat, KMIKT akan memberi tumpuan untuk meningkatkan perkhidmatan dan sub-kepakarannya dengan menawarkan pelbagai servis kesihatan yang meme­nuhi permintaan pelanggan.

“Selain itu, fokus turut diberikan dalam meningkatkan penembusan pasaran kepada segmen pasaran baharu dan sedia ada di Pantai Timur.

“Usaha berterusan untuk mewujudkan kerjasama dengan kedua-dua sektor awam dan swasta juga terus diperhebat.

“Setakat ini, kerjasama KMIKT dan LPPKN masih diteruskan untuk Program Saringan Mammogram di mana pencarum wanita Perkeso berumur 40 tahun ke atas layak mendapatkan ujian saringan mamogram secara percuma di premis KMIKT,” katanya dalam kenyataan.

Sejak penubuhan Servis Kardiologi dan Makmal Kateterisasi pada tahun 2020, seramai 3027 pesakit jantung telah berjaya dirawat sehingga Jun 2023.

Angka ini dijangka akan terus meningkat berdasarkan permintaan yang sangat memberangsangkan daripada komuniti Pantai Timur. Antara rawatan bukan invasif yang ditawarkan di KMIKT adalah Angiogram dan Angioplasti Koronari serta Kajian Elektrofisiologi Jantung. KMIKT merupakan satu-satunya hospital swasta yang menawarkan perkhidmatan jantung di Terengganu.

Sementara itu, Pengurus Besar KMIKT, Salina Long berkata, pihaknya terus komited dalam memastikan perkhidmatan yang lebih komprehensif dapat disediakan kepada masyarakat setempat khususnya.

“Satu pusat dialisis akan dibuka di dalam fasiliti KMIKT pada tahun hadapan. Dengan adanya pusat dialisis ini, KMIKT yakin ia dapat menampung keperluan pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan buah pinggang.

“Usaha ini selari dengan visi syarikat untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan kesihatan di bawah satu bumbung sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN