Inflasi suku kedua 2023 turun kepada 2.8 peratus

Inflasi suku kedua 2023 turun kepada 2.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PTALING JAYA: Malaysia merekodkan kadar inflasi lebih rendah pada suku kedua 2023 kepada 2.8 pepatus, daripada 3.6 peratus suku sebelumnya.

Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour, penurunan dicatatkan oleh inflasi bukan teras dan inflasi teras.

Bagi inflasi bukan teras, kata beliau, makanan segar dan bahan api menyumbang kepada penurunan tersebut.

“Inflasi teras pula kekal tinggi berbanding dengan purata jangka panjang (purata tahun 2011 hingga 2019: 2.1 peratus), meskipun mencatatkan penurunan.

“Inflasi teras yang sederhana (S2 2023: 3.4 peratus; S1 2023: 3.9 peratus) sebahagian besarnya disumbangkan oleh perkhidmatan terpilih. Perkhidmatan tersebut termasuk makanan di luar rumah, perkhidmatan telefon dan telefaks serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, rebakan inflasi berkurang apabila bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) yang mencatatkan kenaikan harga bulanan menjadi sederhana kepada 42.7 peratus pada suku kedua (S1 2023: 56.0 peratus), iaitu di bawah purata jangka panjang suku kedua (tahun 2011 hingga 2019) sebanyak 43.9 peratus.

“Yang penting, rebakan inflasi menurun pada bulan Jun selepas kenaikan sementara pada bulan Mei berikutan musim perayaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN