PETALING JAYA: Uzma Berhad (Uzma) mengumumkan rancangan untuk bekerjasama dengan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) untuk menyediakan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas (O&G) bagi projek terpilih yang dikenal pasti.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Uzma berkata, anak syarikat milik penuhnya Uzma Engineering Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan anak syarikat milik penuh MHB, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. untuk meneroka potensi kerjasama, membangunkan penyelesaian yang inovatif, dan menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dalam industri O&G.
Kumpulan itu berkata, ia termasuk perbualan atau pengubahsuaian terapung serta penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.
Jelasnya, mereka akan bersama-sama menyediakan dan mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang kompetitif untuk sebarang prospek yang berpotensi, terpilih dan dipersetujui.
“Tempoh MoU itu adalah selama setahun berkuat kuasa 3 Julai 2023, sehingga 2 Julai 2024,” katanya.
Sementara itu, MHB mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Zakri Md Salleh sebagai ketua pegawai kewangan (CFO) Kumpulan itu berkuat kuasa 31 Julai, disebabkan ‘mobiliti kakitangan dalam Petronas’.
Bekas ketua audit dalaman Kumpulan MISC Berhad, Mohammad Romzi Shafie akan mengambil alih jawatan CFO MHB berkuat kuasa 1 Ogos ini. – UTUSAN










