PETALING JAYA: MIDF Research telah menaikkan saranan ‘positif’ terhadap sektor utiliti berbanding saranan neutral sebelum ini berdasarkan tema Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang kuat dan berbilang dekad. Penganalisis MIDF Research, Hafriz Hezry berkata, di bawah MyRER, Malaysia membentangkan rancangan jangka pertengahannya untuk menyahkarbonkan sektor tenaga dengan sasaran 31 peratus campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) menjelang 2025 dan 40 peratus menjelang 2035. “Ini menyediakan laluan yang jelas…










