KUALA LUMPUR: Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2023, mengunjurkan transaksi jualan sebanyak AS$300 juta (RM1.4 bilion) sepanjang tiga hari pameran itu berlangsung. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Stellar, Chua Wee Phong berkata, seramai 430 pempamer terdiri daripada lebih 60 negara termasuk China, Kemboja, India, Thailand, Korea dan Turki turut menyertai pameran yang bermula semalam sehingga 14 Julai ini. Menurut beliau, MIBF turut menyasarkan kehadiran lebih daripada 20,000 pengunjung…