Kekal saranan overweight untuk sektor perbankan

Kekal saranan overweight untuk sektor perbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Firma penyelidikan mengekalkan saranan overweight ke atas sektor perbankan berdasarkan permintaan pembiayaan yang berdaya tahan walaupun terdapat kenaikan 25 mata asas (bps) dalam kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3.0 peratus pada awal Mei lalu.

Menurut RHB Islamic Banking (RHB IB), pinjaman sistem berkembang 4.8 peratus tahun ke tahun dan 0.5 peratus bulan ke bulan pada Mei 2023, dengan gadai janji (+7.0 peratus tahun ke tahun, +1.0 peratus tahun ke tahun), sewa beli ( +9.0 peratus tahun ke tahun, +1.0 peratus bulan ke bulan) dan modal kerja (+4.0 peratus tahun ke tahun, +1.0 peratus bulan ke bulan).

“Pertumbuhan pinjaman dalam kalangan segmen isi rumah dan bukan isi rumah juga kekal teguh. Ia juga menyaksikan kekuatan tahun ke tahun dalam pinjaman kepada sektor kewangan serta perdagangan borong dan runcit yang meningkat masing-masing 14 dan 4.0 peratus.

Dengan purata kadar pinjaman pada kenaikan 172 bps tahun ke tahun dan 13 bps bulan ke bulan, RHB IB mendapati kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bukanlah penghalang kepada permintaan pembiayaan.

Firma penyelidikan itu berkata, dengan permohonan pinjaman sistem memperoleh 27 peratus tahun ke tahun dan dan 25 peratus bulan ke bulan pada Mei, sebahagiannya disebabkan oleh asas yang lebih rendah dalam bulan bekerja yang lebih pendek pada April.

Ujarnya, jumlah permohonan pinjaman untuk lima bulan pertama 2023 meningkat 8.0 peratus tahun ke tahun, positif untuk pertumbuhan pinjaman masa hadapan.

“Kelulusan pinjaman juga meningkat sebanyak 33 peratus bulan ke bulan manakala pengeluaran meningkat sebanyak 6.0 peratus,s sekali gus menunjukkan keyakinan berterusan bank terhadap ekonomi Malaysia.

“Penilaian sektor kami yang tidak berubah adalah berdasarkan kepada penghantaran yang stabil dalam pendapatan dan pertumbuhan dividen, bersama hasil dan penilaian yang menarik.

“Jika bank mengekalkan disiplin penetapan harga deposit, potensi pemulihan margin faedah bersih (mungkin pada separuh kedua 2023) mungkin menjadi pemangkin jangka pendek,” katanya.

Sementara itu, MIDF Research positif terhadap sektor perbankan apabila pinjaman runcit meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun, iaitu nilai tertinggi sejak November 2022.

Menurutnya, kelulusan juga kukuh, dengan kadar kelulusan sistem meningkat kepada 54 peratus.

“Selepas beberapa bulan hambar, kelulusan pinjaman perniagaan telah meningkat secara mendadak kepada 64.2 peratus selepas kekal dalam julat 50-60 peratus sejak Januari 2023.

“Ini disebabkan oleh kadar yang lebih tinggi daripada kelulusan dalam kedua-dua segmen modal kerja dan pembinaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN