Firma penyelidikan jangka OPR naik 25 mata asas

Firma penyelidikan jangka OPR naik 25 mata asas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini.

Firma penyelidikan OctaFX berpendapat, BNM berkemungkinan akan meningkatkan OPR kepada 3.25 peratus berdasarkan perkembangan berterusan aktiviti ekonomi Malaysia pada suku pertama 2023 selepas prestasi kukuh pada 2022.

Katanya, walaupun inflasi teras berada pada arah aliran menurun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, namun ia akan kekal tinggi berikutan permintaan yang mampan.

“Oleh itu, ia menunjukkan keperluan untuk menormalkan lagi monetari, dengan menyebut pertumbuhan domestik yang kukuh sebagai faktor utama,” ujarnya.

Katanya, langkah menaikkan OPR bertujuan menyokong pasaran modal dan menstabilkan kadar tukaran dolar Amerika Syarikat (AS) dan ringgit, yang dijangka menurun dengan julat sasaran 4.50 hingga 4.57 di tengah-tengah penurunan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan Rizab Persekutuan AS.

“Apabila AS menawarkan hasil yang lebih tinggi, entiti asing cenderung menukar aset Malaysia mereka kepada dolar AS dan mengalihkan pelaburan mereka ke pasaran AS.

“Jika BNM membiarkan kadar itu tidak berubah, ia dijangka mempercepatkan kejatuhan ringgit, yang boleh mencapai paras tertinggi berbilang tahun pada 4.75 dengan cepat,” ujarnya.

Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) turut menjangkakan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus, selepas mesyuarat MPC hari ini.

Ketua Penyelidikan Ekuiti Serantau dan Malaysia Maybank IB, Anand Pathmakanthan berkata, ia berikutan tinjauan Kadar Dana Persekutuan (FFR) yang disemak, serta ringgit lemah yang membimbangkan, mendorong BNM minggu lepas untuk menyatakan secara terbuka ia akan campur tangan dalam pasaran pertukaran asing untuk ‘menstabilkan’ mata wang tempatan.

Beliau menambah, berdasarkan unjuran Jun, FFR boleh mencapai 5.625 peratus menjelang akhir tahun, memberi bayangan dua pusingan lagi kenaikan sebanyak 25 mata asas.

“Walaupun peningkatan 125 mata asas dalam OPR daripada paras semasa pandemik sebanyak 1.75 peratus, dan tarikan berkaitan pulangan simpanan tetap yang meningkat (nisbah akaun semasa dan simpanan (CASA) industri memuncak pada 32.9 peratus pada April 2022 dan sejak itu menurun kepada 28.9 peratus pada Mei 2023, ia adalah 26.5 peratus pada Disember 2019).

“Jurang hasil dividen purata pasaran Bursa sebanyak 4.5 peratus kekal menarik, ia meningkat dengan gabungan aliran tunai percuma korporat yang berdaya tahan dan pasaran penarafan menurun yang kini mempunyai dagangan KLCI pada hanya 12 kali kehadapan nisbah harga kepada pendapatan (PER),” katanya dalam nota kajian.

Anand berkata, pilihan raya negeri pada Ogos, diikuti Belanjawan 2024, bermakna separuh kedua 2023 akan kekal mencabar untuk membina semula daya tarikan pasaran.

“Pelabur mungkin ambil peluang terbaik untuk mendapatkan kedudukan dalam saham dividen defensif untuk sekurang-kurangnya `mengunci’ pulangan hasil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN