EV: Gentari aktifkan rangkaian perayauan JomCharge

EV: Gentari aktifkan rangkaian perayauan JomCharge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembekal penyelesaian tenaga bersih, Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) melalui anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn. Bhd. telah mengaktifkan rangkaian perayauan titik pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Pengaktifan itu dilakukan dengan kerjasama EV Connection Sdn. Bhd. (EVC) dan Green EV Charge Sdn. Bhd. (GEV), anak syarikat Yinson GreenTech (YGT).

Perkongsian itu akan membolehkan akses silang ke titik pengecasan pada rangkaian JomCharge dan chargEV Gentari, dan penjejakan silang melalui aplikasi mudah alih Setel, JomCharge dan chargEV.

Ia membolehkan pemandu EV mengakses stesen pengecasan, mengaktif dan membayar daripada mana-mana rakan kongsi platform dengan mudah.

Melalui rangkaian perayauan itu, pengguna EV mempunyai akses mudah kepada jumlah gabungan lebih daripada 600 titik pengecasan di Malaysia termasuk Malaysia Timur.

Ia terdiri daripada lebih 150 titik pengecasan Gentari, melebihi 320 titik pengecasan chargEV dan lebih daripada 100 titik pengecasan JomCharge.

Ketua Pegawai Eksekutif Gentari Green Mobility Sdn. Bhd., Shah Yang Razalli berkata, menawarkan kemudahan akses dan penggunaan infrastruktur pengecasan yang mudah adalah penting untuk memacu pertumbuhan pengguna EV.

“Dengan kerjasama perayauan ini, kami dapat menawarkan akses rangkaian yang meluas untuk memperkasakan pemandu EV dengan keyakinan, meningkatkan bilangan titik pengecasan yang boleh diakses yang kebiasaannya menjadi cabaran bagi pemilik rangkaian individu.

“Kami komited untuk terus memupuk inovasi dan kerjasama ke arah pencapaian kemajuan kolektif dan kepantasan dalam membina ekosistem yang diperlukan untuk mendorong penggunaan EV yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Teknikal, EV Connection,  Dr Che Hang Seng berkata, kerjasama itu penting dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.

“Dengan usaha bersama kami, pengguna EV kini dapat menikmatinya pengalaman pengecasan yang lancar, di mana mereka boleh menemui dan mengakses lebih 600 titik pengecasan menggunakan hanya satu aplikasi pilihan mereka.

“Pembangunan keupayaan sistem perayauan kami ini juga merupakan yang pertama di Malaysia, dan kami percaya lebih banyak CPO akan mengikutinya” tambah beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yinson, Lim Chern Yuan pula berkata, sebagai syarikat pembekal penyelesaian teknologi hijau, YGT komited kepada peralihan yang inklusif, memastikan tiada pihak ketinggalan dalam usaha untuk mencapai masa depan sifar bersih.

“Berkongsi chargEV dengan Gentari dan EV Connection adalah langkah ke hadapan untuk mengembangkan rangkaian pengecasan EV dengan cepat, menjadikannya mudah diakses untuk semua pengguna.

“Langkah ini memperkasakan perniagaan dan individu dalam penerimaan pengangkutan yang mampan,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN