Bina Puri menang kontrak RM72.85 juta

Bina Puri menang kontrak RM72.85 juta

MATTHEW TEE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bina Puri Holdings Berhad (Bina Puri) mengumumkan syarikat usahasamanya, Chun Yang Bina (JV) Sdn. Bhd. menangi kontrak berjumlah RM72.85 juta untuk projek Jabatan Kerja Raya di Mukah, Sarawak.

Kontrak itu membabitkan kerja-kerja subkontrak di Jalan Kampung Medong/Lebrasau/Kampung Klid, Daerah Dalat di Mukah, Sarawak.

Bina Puri mempunyak kepentingan 49 peratus dalam syarikat usahasama itu, dan kontrak dianugerahkan daripada Tokoh Ilham Sdn. Bhd.

“Kontrak itu mempunyai tempoh 24 bulan dan dijangka siap menjelang suku ketiga 2025. Oleh itu, Kumpulan menjangkakan ia akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Bina Puri pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024, dan seterusnya,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Bina Puri, Datuk Matthew Tee berkata, sebagai pemain pembinaan yang mantap, Bina Puri telah berada di barisan hadapan dalam menyampaikan projek yang berjaya di seluruh Malaysia termasuk, sebagai contoh, bangunan ikonik Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching.

Kata beliau, kontrak itu mengesahkan rekod kecemerlangan Bina Puri dalam industri pembinaan, serta komitmen Syarikat untuk menyampaikan hasil berkualiti tinggi dalam setiap projek.

“Dalam ketika kami terus menunjukkan kredibiliti dan kepakaran kami merentasi pelbagai projek kritikal, Bina Puri berada pada kedudukan yang baik untuk pertumbuhan dalam segmen pembinaan,” katanya.

Melangkah ke hadapan, katanya, Bina Puri akan terus membina asas pendapatan berulang yang kukuh, melalui gabungan projek antarabangsa dan tempatan.

Antara projek utamanya ialah Puri Residences, pembangunan kediaman bertanah seluas 21.41 ekar di Masai, Johor, dengan 384 unit rumah dua tingkat dan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM217 juta.

Bina Puri juga terlibat dalam The Valley @ Bentong, Pahang, pembangunan berasaskan pertanian terdiri daripada gabungan ladang dan rumah. Dibina di atas sebidang tanah seluas 1,600 ekar atau bersamaan dengan 1,200 padang bola sepak, The Valley menguasai anggaran GDV sebanyak RM383 juta.

Kumpulan kini mempunyai buku pesanan sebanyak RM1.5 bilion untuk segmen pembinaan dan hartanahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN