PETALING JAYA: Razer Merchant Services (RMS), cabang B2B Razer Fintech, memperoleh lesen Pemerolehan Langsung Visa di Malaysia, Singapura dan Filipina, sebagai sebahagian daripada kerjasama serantaunya. Pada masa sama, RMS kini diperakui dengan Perkhidmatan Token Visa (VTS) bagi membolehkannya menawarkan perkhidmatan pembayaran kad lebih selamat dan melalui kaedah penyulitan (encrypted), yang dapat digunakan ketika transaksi pembayaran peniaga. Menurut syarikat itu, menerusi kerjasama dengan Visa, RMS menyasarkan untuk mengembangkan lagi skim kad ke negara berkaitan merentasi pelbagai industri termasuk penjaja, e-hailing, peniaga pasaran, perkhidmatan-perkhidmatan atas permintaan, e-sukan, kerajaan, dan pendidikan. Jelasnya, set…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya