PETALING JAYA: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada dagangan hari ini berikutan sentimen berhati-hati pelabur menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS dijadual 13 dan 14 Jun ini. Pada pukul 9.08 pagi, mata wang tempatan itu didagangkan pada kadar 4.6155/6185 berbanding 4.6115/6160 penutup Jumaat lalu. Memetik laporan Bernama, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, konsensus pasaran menganggarkan Rizab Persekutuan (Fed) mungkin…










