Proton jangka jualan tahun ini lebih tinggi

Proton jangka jualan tahun ini lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Berhad (Proton) menjangka jualan tahun ini melepasi jumlah jualan tahun lepas sebanyak 141,432 unit, didorong oleh jualan berterusan kenderaan Proton termasuk  X90 serba baharu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, sasaran tahun ini lebih tinggi daripada tahun lepas, dan berbanding prestasi 2022 Kumpulan.

“Kami sudah menetapkan kenaikan peratusan tertentu berbanding 2022,” katanya selepas majlis pelancaran pusat pengalaman digital Proton DX di sini, semalam.

Tahun lepas, jualan Proton berjumlah 141,432 unit (domestik dan eksport), tertinggi sejak 2013.

Sehingga Mei tahun ini, jualan Proton berjumlah 62,970 unit, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 38.9 peratus didorong oleh tempoh perayaan dan berakhirnya penghantaran kereta yang dikecualikan cukai.

Sementara itu, Roslan berkata, model Proton X90 yang baru dilancarkan dijangka akan meningkatkan jumlah keseluruhan industri (TIV) Proton tahun ini.

“Kami menjangkakan penghantaran kepada pelanggan akan bertambah pada Julai nanti dan tempoh menunggu kini juga adalah kurang daripada enam bulan untuk mendapatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini,” katanya.

Proton X90 telah mencatatkan tempahan 5,000 unit sejak ia dilancarkan pada Mei lalu, manakala kira-kira 250 unit telah dihantar kepada pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN