EV: OCBC, lima syarikat bekerjasama

EV: OCBC, lima syarikat bekerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi mengukuhkan tawaran berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kepada pelanggan runcit, OCBC Bank (Malaysia) Berkad (OCBC Bank) bekerjasama dengan lima syarikat berkaitan kenderaan elektrik (EV).

Ia bagi menyediakan pilihan termampu untuk menambah baik pengalaman pemilik EV menggunakan pengangkutan hijau mereka.

Kerjasama dengan EV Connection, CarputZap, GoCar, Renault dan PowerBee (anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Berhad) antara lain akan membolehkan ahli kad OCBC memanfaatkan pelan pembayaran ansuran (IPP) 0 peratus selama sehingga 24 bulan bagi pembelian pengecas EV.

Mereka juga boleh menikmati diskaun bagi pembelian pengecas EV, perkongsian kereta dan juga langganan harian hingga tahunan kenderaan elektrik.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Perkhidmatan Kewangan Pengguna OCBC Bank, Anne Leh, pelancaran tawaran tersebut dibuat berasaskan permintaan yang semakin tinggi daripada pelanggan untuk menyokong usaha pemilikan kenderaan elektrik mereka.

Beliau berkata, langkah memperkenalkan kemudahan berkaitan kenderaan elektrik adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan Bank untuk memberi tumpuan menggalakkan pelanggan terus menggunakan EV.

“Sesungguhnya EV merupakan komponen penting ekonomi rendah karbon. Dengan menyediakan tawaran kad kredit menarik dan pelan pembayaran ansuran, kami berharap untuk membantu pelanggan mendapatkan peralatan seperti pengecas EV dan penggunaan kenderaan elektrik sewa.

“Hakikatnya, kami berusaha untuk menggalakkan mereka yang mahu bertukar kepada EV untuk berbuat demikian dengan pengetahuan bahawa mereka akan menerima sokongan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pemegang kad OCBC menggunakan pengecas EV di kondominum dan hartanah komersial akan menikmati rebat 10 peratus bagi pembelian pengecas EV tersebut.

“Kerjasama kami juga melanjutkan tawaran kepada pemandu bukan EV untuk mencuba EV pada harga terdiskaun dengan langganan harian, mingguan, selama 30 hari dan secara tahunan, lantas meyakinkan mereka untuk membeli EV.  Kecuali kemudahan IPP 0 peratus bagi pemegang kad kredit OCBC, pemegang kad debit layak untuk semua tawaran lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN